PERBINCANGAN: OBJEKTIF 1





Objektif 1: Untuk mengkaji strategi mengurus bilik pembelajaran di sekolah


A) Definisi dan Konsep

I. Pengurusan Bilik Darjah


Menurut Mok Soon Sang (2011), beliau mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkan iklim kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Manakala Jim Walters dan Shelly Frei (2007), mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai cara-cara menjalankan sesuatu dalam bilik darjah. 

II.   Buku Rekod Pelajar


Buku rekod murid merupakan rekod simpanan guru yang merangkumi rekod kerja di dalam kelas serta markah dan kemajuan yang dicapai oleh setiap pelajar dan rekod kehadiran pelajar. Sebelum membuat rekod murid, guru harus menjalankan pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang merangkumi aspek persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah laku melalui beberapa kaedah yang sesuai. Pengurusan rekod murid yang baik dapat membantu seseorang guru mencapai objektif yang telah dibina melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

III. Papan Kenyataan

Papan kenyataan merupakan satu elemen wajib yang perlu ada dalam sesebuah bilik darjah. Papan kenyataan haruslah dipenuhi dengan jadual bertugas, bahan-bahan setiap subjek yang boleh dijadikan rujukan, hasil kerja murid dan juga kata-kata motivasi dan gambar-gambar yang sesuai untuk dijadikan hiburan. Papan kenyataan yang baik haruslah sentiasa dikemaskini dan dihias.

III. Penyusunan bilik darjah

Bilik darjah atau kelas di sekolah penting sebagai medium bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, keadaan fizikal bilik darjah haruslah sentiasa dijaga dan disusun mengikut kesesuaian. Penyusunan bilik darjah merangkumi beberapa aspek iaitu aspek susunan kerusi dan meja, ketinggian meja dan kerusi, tahap kebersihan dan juga susun atur kelengkapan lain di bilik darjah. Kerusi dan meja haruslah disusun mengikut susun atur abad ke-21 yang menggalakkan interaksi diantara guru dan murid. Susunan meja dan kerusi yang baik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana ruangan yang disediakan merupakan ruangan yang memudahkan pelajar untuk bergerak dan belajar. 


B) Mengapakah pengurusan bilik darjah penting?

Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang harus dititikberatkan kerana pengurusan bilik darjah yang baik dapat membantu dalam meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar. 


C) Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah. 

Terdapat 3 faktor penting yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah:


D) Strategi Pengurusan Bilik Darjah







Comments